7 Sebab Tuntutan Takaful Anda Ditolak

Antara sebab rakyat Malaysia dapatkan perlindungan Takaful ialah supaya anda dan keluarga  dari dilindungi dari beban kos perubatan tinggi jika musibah melanda. Tetapi untuk dapatkan manfaat sepenuhnya dari pelan Takaful, anda harus memahami sebab utama tuntutan Takaful boleh ditolak.

1. Anda tidak mengesahkan penyakit sedia ada

Dalam kontrak Takaful, anda perlu mengesahkan sekiranya anda ada menghidapi  penyakit sewaktu memohon pelan Takaful tersebut. Ketahui bahawa pihak Takaful boleh mendapatkan laporan perubatan dari jabatan tuntutan yang akan melakukan siasatan sebaik sahaja tuntutan dibuat. Jika anda membuat tuntutan untuk penyakit yang sedia ada yang tidak diisytiharkan, tuntutan Takaful bakal ditolak. Oleh itu berlaku jujur dan dedahkan maklumat sebenar.

2. Anda tidak memahami terma dan syarat perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful adalah berbeza antara syarikat Takaful. Oleh itu, anda disarankan untuk memahami terma dan syarat bagi pelan yang dimohon, terutamanya jenis penyakit dibawah tuntutan dan sebaliknya. Fahami juga perbezaan antara pelan perubatan dan pelan penyakit kritikal.
Bagi pelan perubatan, perlindungan adalah untuk situasi kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital. Pelan ini akan menanggung kos sepanjang pesakit di wad serta rawatan yang diperlukan. Pelan penyakit kritikal pula akan memberikan pemegang bayaran sekaligus berdasarkan peratus didalam kontrak jika pemegang pelan didiagnosis dengan penyakit kritikal.
Sebelum memohon mana pelan Takaful, pastikan anda dapatkan penjelasan dari ejen Takaful mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut.

3. Pelan Takaful anda telah luput

Anda mungkin terlupa untuk membuat bayaran bulanan, dan ini akan menyebabkan pelan tersebut luput.  Oleh sebab itu, apabila anda ingin membuat tuntutan, ia akan ditolak kerana anda sudah tidak berada dibawah perlindungan Takaful tersebut. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan anda boleh dihubungi ejen Takaful kerana mereka bertanggungjawab untuk menghantar peringatan sekiranya pelan Takaful anda hampir luput. Pastikan nombor telefon serta maklumat lain anda dikemaskini seperti e-mel dan alamat supaya anda boleh dihubungi.

4. Tuntutan anda melebihi jumlah perlindungan

Untuk pengetahuan anda, setiap pelan Takaful memiliki had tuntutan tahunan. Contohnya, pelan anda memiliki had sebanyak RM100,000 setahun. Jadi, setiap tahun, anda hanya boleh membuat tuntutan tidak melebihi dari jumlah tersebut. Tuntutan yang melebihi jumlah perlindungan tahunan akan ditolak.  Jadi, sebelum memilih pelan Takaful, pastikan anda lihat pada had tahunan pelan tersebut. Ini kerana ramai yang hanya akan fokus ke jumlah tuntutan keseluruhan sepanjang hayat sahaja.

5. Tuntutan dibuat dalam tempoh menunggu

Walaupun anda telah berjaya memiliki pelan Takaful, biasanya ada tempoh menunggu sebelum tuntutan boleh dilakukan. Bergantung kepada polisi dan jenis tuntutan, tempoh menunggu ini ialah sekitar 1 bulan hingga 3 bulan. Oleh itu, jangan berlengah untuk dapatkan perlindungan insurans bagi anda dan keluarga. Kita tidak tahu bila musibah bakal menimpa.

6. Terlepas tempoh menghantar tuntutan

Sesetengah polisi Takaful juga akan menetapkan tarikh masa untuk menghantar tuntutan. Walaupun anda layak dan telah menyediakan dokumen sokongan secukupnya, tuntutan akan ditolak jika anda terlepas tarikh tersebut. Jangan berlengah untuk menghantar tuntutan. Biasanya, tempoh yang diberikan untuk anda lakukan tuntutan ialah 3 bulan dari tarikh rawatan. Namun seperti yang telah dimaklumkan, ianya berbeza bergantung kepada pelan Takaful oleh itu anda dinasihati untuk dapatkan semua maklumat ini dari syarikat Takaful tersebut.

7. Maklumat tidak lengkap

Walaupun kami sarankan anda untuk tidak berlengah, jangan pula tergesa-gesa untuk menghantar tuntutan! Silap-silap, anda akan terlepas bahagian penting yang perlu dilengkapkan. Ambil masa untuk baca dan memahami borang tuntutan sebelum ianya dihantar, berserta dengan dokumen sokongan secukupnya. Seeloknya, isi sendiri dan jangan bergantung kepada ejen Takaful anda untuk lakukan proses ini.

Langkah Perlu Diambil  Jika Anda Dianiaya Syarikat Takaful

Seperti yang telah dibincangkan diatas, terdapat beberapa sebab tuntutan Takaful anda ditolak. Jika ianya atas sebab teknikal, anda boleh menghantar semula tuntutan. Namun, jika anda merasakan bahawa semua syarat tuntutan telah dipenuhi tetapi tuntutan anda masih lagi ditolak, anda boleh mendapatkan bantuan.
Anda boleh hubungi Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) untuk mendapatkan khidmat mereka secara PERCUMA. OPK merupakan organisasi bukan keuntungan yang diselia oleh Bank Negara Malaysia. Sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan pertikaian tuntutan  dari pengguna di Malaysia, OPK akan bertindak sebagai orang tengah antara institusi kewangan dan pengguna. Dalam kes ini, anda boleh meminta pandangan dan bantuan mereka. Namun, sesetengah kes bukan dibawah bidang kuasa agensi ini. Berikut merupakan kes-kes dibawah bidang kuasa OPK:
TuntutanHad Tuntutan
 Produk dan servis dari bank (konvensional / Islamik) RM100,000.00
 Kes penipuan melibatkan proses pembayaran , kad kredit, kad caj, ATM, atau cek RM25,000.00
 Tuntutan insurans hayat / takaful keluargaRM100,000.00
 Tuntutan insurans / takaful kebakaran atau kenderaanRM200,000.00
 Tuntutan insurans / takaful kerosakan hartanah dari pihak ketigaRM5,000.00
 Tuntutan-tuntutan insuran / takaful yang lainRM100,000.00


Jangan lupa bahawa anda seharusnya menyimpan salinan semua dokumen yang anda hantar untuk tuntutan Takaful. Ini kerana biasanya anda akan diminta untuk menghantar resit dan dokumen asal. Oleh itu, jika anda mempunyai dokumen salinan ia akan berguna dan memudahkan anda sekiranya terdapat pertikaian yang berlaku untuk tuntutan anda.
Anda juga dinasihatkan untuk memeriksa polisi insurans anda bagi memastikan ianya kekal relevan. Pertukaran polisi mungkin perlu dibuat  berdasarkan kehidupan semasa (telah berkahwin, memiliki anak) agar perlindungan yang diberi mencukupi.
Ingin jimat lebih wang untuk perbelanjaan harian anda? Bandingkan dan mohon untuk kad kredit rebat tunai terbaik di Malaysia.








Comments

Popular posts from this blog

Takaful Great Eastern